SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BERAPIT
MINIT
MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KETIGA 2015
Tarikh: 26 Jun 2015
Hari : Sabtu
Kelas : 3L
Masa : 12.00 – 1.00 petang
Kehadiran: 1. Cik Lee Choon Ling
2. Pn. Tiaw Li Yin
2. Pn. Tiaw Li Yin
3. Pn. Cheok Suveifun
4. En. Lim Jit Pheng
5. Pn. Rhomala
6. Pn. Hatipah Amir
7. Pn. Lee Chooi Yan
Tidak hadir (bersebab)
1. En. Chuah Tong Chew
2. Pn. Phang Siaw Pei
Agenda Mesyuarat
2. Pn. Phang Siaw Pei
Agenda Mesyuarat
- Ucapan Aluan Pengerusi
Cik
Lee Choon Ling mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat panitia
geografi kali ketiga dan merakamkan ucapan terima kasih.
Tindakan:
Makluman
- Pengesahan Minit Mesyuarat
Pn.
Rhomala mencadangkan minit mesyuarat yang lepas diluluskan dan disokong oleh Pn. Tiaw Li Yin.
- Perkara Berbangkit
Guru diminta masukkan markah peperiksaan dan rekod PBS
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dalam server sekolah (modul offline).
Tindakan:
Semua guru
- Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
2015
4.1 Peratus
Kelulusan:
Tingkatan 1
– 55.18% (7 orang gred A)
Tingkatan 2
– 64.20% (35 orang gred A)
Tingkatan 3
– 61.88% (10 orang gred A)
4.2 Pelajar yang
tidak menjawab langsung kertas jawapan, guru boleh maklumkan kepada pihak
sekolah
supaya
tindakan boleh diambil.
4.3 Secara
keseluruhannya, pencapaian peratus kelulusan dalam peperiksaan kurang memuaskan.
Oleh itu,
program
peningkatan prestasi akademik perlu diadakan.
Tindakan: Makluman
- Program Peningkatan Prestasi Akademik
5.1 Program gerak
gempur akan dilaksanakan berasaskan buku teks Tingkatan 3. Dua set soalan akan
disediakan oleh
Ketua Panitia dan dijalankan dari bulan September hingga awal bulan Oktober.
5.2 Pertandingan
Kuiz Geografi akan dilaksanakan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 untuk
memupuk
minat
pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Cikgu yang menyediakan soalan kuiz
(KBAT) ialah:
Tingkatan 1:
Pn. Rhomala
Tingkatan 2:
Pn. Phang Siaw Pei
Tingkatan 3:
Pn. Lee Chooi Yan
Tindakan:
Guru berkenaan
5.3 Setiap kelas
diberikan 3 hadiah yang bernilai RM10 setiap satu. Soalan kuiz berasaskan tema
ASEAN
dan juga soalan KBAT yang
memberi pendapat. Kuiz dilaksanakan pada bulan Ogos pada hari
persekolahan ganti hari
Sabtu atau semasa waktu PdP.
Tindakan:
Semua guru
5.4 Program
lawatan sambil belajar dijalankan untuk memotivasikan pelajar mendapatkan
keputusan
cemerlang
dalam PT3.
Tindakan:
Makluman
- Laporan Kewangan sehingga 31 Mei 2015
Sehingga 31 Mei 2015 – 44% wang PCG panitia geografi
telah dibelanjakan. Baki wang PCG akan digunakan untuk melaksanakan program gerak
gempur, lawatan sambil belajar, bahan cetakan PBS dan kuiz geografi. KP
berharap guru Tingkatan 1 dan 2 yang menyediakan soalan PBS boleh menghantar
soalan untuk dicetak sebelum bulan Ogos.
Tindakan:
Makluman
- Frog VLE
Semua guru boleh ”upload” bahan-bahan dalam Frog. Pn.
Hatipah akan masuk site guru dalam sekolah.
Tindakan:
Semua guru
- Peperiksaan Akhir Tahun
8.1 Hari Anugerah Kecemerlangan telah ditangguh
ke bulan Oktober kerana Tuan Pengetua ingin
memberikan
anugerah kecemerlangan berdasarkan keputusan:
a)
Tingkatan
3 dan 5: Keputusan percubaan peperiksaan PT3 dan SPM
b)
Tingkatan
peralihan, 1 dan 2: Keputusan peperiksaan pertengahan tahun
Tindakan:
Makluman
8.2 Guru penyedia soalan PAT:
Tingkatan 1: Pn.Rhomala
Tingkatan 2: Pn.Phang Siaw Pei
Tingkatan 3: Cik Lee Choon Ling
Tindakan:
Guru berkenaan
8.3 PK
HEM meminta guru yang mengawas peperiksaan membaca arahan peperiksaan sebelum
peperiksaan bermula. Pelajar yang meniru akan diambil tindakan di mana 0
markah diberi dan ibu bapa
akan dijemput ke sekolah. Tiada markah demerit dikenakan.
Tindakan:
Semua guru
8.4 Pn.
Lee Chooi Yan mencadangkan bahawa pihak sekolah boleh menetapkan setiausaha peperiksaan
menyediakan arahan peperiksaan dan dibaca oleh guru sebelum peperiksaan
bermula.
Tindakan: Pihak
sekolah
8.5 Peperiksaan
akhir tahun untuk Tingkatan 1, 2 dan 4 akan dijalankan pada 5 atau 6 November
2015.
(Mungkin
ada perubahan tarikh kerana pada waktu ini ramai guru yang terlibat dengan
pengawasan
SPM).
Tindakan:
Makluman
8.6 Guru yang menyediakan soalan peperiksaan
perlu menggunakan aras:
Rendah
|
Sederhana
|
Tinggi
|
5
|
2
|
3
|
Tindakan:
Guru penyedia soalan
- Hal-hal Lain
9.1 Penyemakan buku latihan Tingkatan 2 diadakan pada
bulan Julai. Guru mata pelajaran sila
menyerahkan buku latihan atau buku nota
kepada Pn. Phang Siaw Pei (PKP) untuk disemak.
Tindakan:
Guru Tingkatan 2
9.2 Selepas markah
peperiksaan akhir tahun telah dimasukkan dalam SAPS, guru perlu cetak dan serah
kepada murid
untuk disemak. Ini boleh mengelakkan masalah kesilapan masuk markah dan tidak
sempat buat
pembetulan markah selepas tarikh tutup.
Tindakan:
Guru Tingkatan 3
9.3 En.Lim Jit
Pheng mencadangkan projek menggunakan bahan kitar semula membuat sesuatu yang
berkaitan dengan tenaga angin. KP
memberitahu bahawa PBS tingkatan 3, soalan band 6 bagi tema
kegiatan ekonomi telah meliputi projek
berkaitan kitar semula.
Tindakan:
Makluman
9.4 Cadangan guru
sesi petang untuk membeli pensel warna untuk PdP. KP memaklumkan bahawa
masih
terdapat pensel warna yang belum habis digunakan. Jadi, guru boleh mendapatkan
bahan
tersebut daripadanya.
Tindakan:
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.
Disediakan
oleh: Disemak
oleh:
No comments:
Post a Comment