Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit
Minit Mesyuarat
Panitia Geografi Kali Kedua 2015
Tarikh
|
:
|
11 April 2015
|
Hari
|
:
|
Sabtu
|
Tempat
|
:
|
Kelas 3C
|
Masa
|
:
|
1.00 ptg –
3.00 ptg
|
Kehadiran
:
1.
|
Cik Lee Choon
Ling
|
5.
|
Pn. Cheok
Suveifun
|
2.
|
En. Lim Jit
Pheng
|
6.
|
Pn. Tiaw Li
Yin
|
3.
|
Pn. Lee Chooi
Yan
|
7.
|
Pn. Hatipah
Amir
|
4.
|
Pn. Rhomala
|
|
|
Tidak
hadir bersebab
1. En. Chuah Tong Chew (Hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris)
2. Pn.
Phang Siew Pei ( Cuti bersalin)
AGENDA MESYUARAT
1.0
|
Ucapan
Aluan Pengerusi
Cik
Lee Choon Ling mengucapkan selamat petang dan mengalu-alukan semua guru yang
menghadiri mensyuarat panitia geografi kali kedua.
Tindakan : Makluman
|
|
2.0
|
Pengesahan
Minit Mesyuarat Yang Lepas
Pn.
Rhomala mencadangkan minit mesyuarat yang lepas diluluskan dan disokong oleh
Pn. Lee Chooi Yan
Tindakan : Makluman
|
|
3.0
3.1
3.2
|
Perkara-Perkara
Berbangkit
Cik
Lee Choon Ling mengingatkan semua guru supaya dapat membuat site dalam frog
dan menguploadkan bahan p&p.
Tindakan : Semua guru
Cik
Lee Choon Ling juga telah menguploadkan bahan PPPM dalam frog dan telah
‘share’kan dengan semua guru dalam panitia geografi.
Tindakan : Makluman
|
|
4.0
|
Post
Mortem Keputusan SPM 2014
Tidak
berkaitan dengan panitia geografi
|
|
5.0
|
Program
Kecemerlangan Akademik SPM 2015
Tidak
berkaitan dengan panitia geografi
|
6.0
6.1
6.2
|
KBAT
Cik
Lee Choon Ling memaklumkan pesanan tuan pengetua kepada semua guru bahawa
beliau meminta guru-guru menerapkan soalan KBAT dalam latihan serta soalan
peperiksaan.
Tindakan : Semua guru
Justeru,
Cik Lee Choon Ling meminta supaya guru-guru meningkatkan kualiti soalan
latihan yang diberikan kepada semua murid.
Tindakan : Semua guru
|
7.0
7.1
7.2
7.3
7.4
|
PBS
Dan PT3
Guru-guru
diminta merekodkan Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) secara
offline. Bagi guru tingkatan 3, perekodan dilakukan pada komputer di bilik PK
Pentadbiran dan bagi guru tingkatan 1 dan 2, perekodan dilakukan pada
komputer di bilik PK Petang. Perekodan dilakukan berperingkat-peringkat
mengikut arahan setiausaha PBS.
Tindakan : Semua guru
Guru-guru perlu kemaskini fail portfolio
masing-masing mengikut isi kandungan yang terkandung dalam edaran dan surat
lantikan 2015 telah diberikan oleh setiausaha
PT3/PBS.
Tindakan : Semua guru
Keputusan
ujian progresif perlu direkodkan dalam PPPM modul offline mengikut julat
markah dan gred untuk menengah rendah (T1-T3) seperti berikut:
85 -100
A 40 - 49 E
70 - 84
B 01 - 39 F
60 - 69
C 00 TH
50 - 59
D
Tindakan : Semua guru
Bagi
PT3, guru-guru diminta melatih pelajar bagaimana cara menulis laporan PT3
memandangkan band sekolah bergantung kepada keputusan peperiksaan PT3. Bagi
PT3, tema Kemahiran Geografi, Band 5 dan 6 telah diterapkan soalan berbentuk
PT3 dan sedang dijalankan pada bulan April. Cik Lee Choon Ling mencadangkan
tingkatan 1 dan 2 juga boleh dilakukan sedemikian. Dicadangkan bagi tingkatan 1 dan 2, markah
diberikan dan dimasukkan bersama peperiksaan akhir tahun.
Tindakan : Semua guru
|
8.0
8.1
8.2
8.3
8.4
8.5
8.6
|
Hal-Hal
Lain
Latihan
Cuti Sekolah Bulan MAC
Cik
Lee Choon Ling meminta guru-guru memberi maklum balas tentang kerja sekolah
yang diberikan kepada murid semasa cuti penggal bulan Mac yang lalu.
Tingkatan
Satu : Semua murid kelas hadapan menyerahkan kerja masa cuti kecuali beberapa
murid kelas belakang yang tidak menyerahkan tugasan mereka walaupun telah
diberi contoh untuk memjawab.
Tingkatan
Dua : Tiada masalah dan guru-guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk
melengkap latihan.
Tingkatan
Tiga : Terdapat sebahagian murid kelas belakang yang tidak menyerahkan
tugasan mereka dan telah dikenalpasti. Mereka ini akan dikenakan tindakan
disiplin.
Tindakan : Makluman
Semakan
Buku Latihan/Nota
Cik Lee Choon Ling memaklumkan bahawa semua
guru tingkatan 2 dan 3 telah menyerahkan buku latihan/nota murid untuk
disemak. Bagi tingkatan satu hanya 2 kelas masih belum dihantar untuk
disemak.
Selepas
membuat semakan buku latihan murid, Cik Lee Choon Ling mengharapkan semua
guru perlu lebih kerap menyemak buku latihan/nota murid dan meminta murid
membuat pembetulan apabila ada kesalahan.
Cik
Lee Choon Ling mengharapkan latihan yang lebih perlu diberikan kepada semua
murid terutamanya murid tingkatan satu.
Tindakan : Semua guru
Maklumat
Untuk Blogger
Penyediaan
Blog bagi panitia Geografi telah diadakan. Oleh itu, guru-guru boleh
mengunjungi blog ini dan jika ada bahan yang hendak diuploadkan, guru-guru
boleh menyerahkan bahan kepada Blogger Panitia Geografi atau guru-guru hendak
membuat post ke dalam blog sendiri boleh meminta kata laluan blog daripada
blogger panita geografi.
Pn.
Tiaw Li Yin mencadangkan bahan-bahan berkaitan ASEAN dimasukkan dalam blog
panitia.
Tindakan
: Makluman
Program
I-Think
Guru-guru diminta melaksanakan p&p
dengan menerapkan program i-Think dan merekodkan di dalam ruangan aktiviti
pembelajaran jenis peta i-Think yang digunakan. Contoh, peta pokok, peta
buih, peta buih berganda.
Tindakan : Semua guru
Perancangan Belanjawan
Bahan-bahan cetakan untuk PBS, guru
tingkatan 1 dan 2 boleh dihantar untuk dicetak.
Tindakan : Makluman
Aktiviti keceriaan sekolah oleh panitia
geografi akan dijalankan pada bulan April-Jun 2015. Dinding yang akan dilukis
dengan peta ASEAN akan dikenalpasti selepas berbincang dengan tuan pengetua..
Kerja ini akan disertai oleh guru dan murid yang akan diketuai oleh Pn. Tiaw
Li Yin.
Tindakan : Guru berkenaan
Pertandingan mewarnakan dan melabelkan Negara-negara
ASEAN akan dijalankan pada awal bulan Julai 2015. Semua bahan untuk
pertandingan ini akan disediakan oleh ketua panitia geografi.
Tindakan : Semua guru
|
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 3.00 petang
Disediakan
oleh: Disemak oleh:
................................... .................................