Sunday 19 April 2015

Minit Mesyuarat Panitia Geografi Kali Kedua 2015


lencana_smkb_1.jpgSekolah Menengah Kebangsaan Berapit
Minit Mesyuarat Panitia Geografi Kali Kedua 2015


Tarikh
:
11 April 2015
Hari
:
Sabtu
Tempat
:
Kelas 3C
Masa
:
1.00 ptg – 3.00 ptg

Kehadiran :
1.
Cik Lee Choon Ling
5.
Pn. Cheok Suveifun
2.
En. Lim Jit Pheng
6.
Pn. Tiaw Li Yin
3.
Pn. Lee Chooi Yan
7.
Pn. Hatipah Amir
4.
Pn. Rhomala



Tidak hadir bersebab
1.         En. Chuah Tong Chew (Hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris)
2.         Pn. Phang Siew Pei ( Cuti bersalin)

AGENDA MESYUARAT
1.0
Ucapan Aluan Pengerusi

Cik Lee Choon Ling mengucapkan selamat petang dan mengalu-alukan semua guru yang menghadiri mensyuarat panitia geografi kali kedua.
Tindakan : Makluman

2.0
Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas

Pn. Rhomala mencadangkan minit mesyuarat yang lepas diluluskan dan disokong oleh Pn. Lee Chooi Yan
Tindakan : Makluman

3.0

3.1



3.2
Perkara-Perkara Berbangkit

Cik Lee Choon Ling mengingatkan semua guru supaya dapat membuat site dalam frog dan menguploadkan bahan p&p.
Tindakan : Semua guru

Cik Lee Choon Ling juga telah menguploadkan bahan PPPM dalam frog dan telah ‘share’kan dengan semua guru dalam panitia geografi.
Tindakan : Makluman

4.0
Post Mortem Keputusan SPM 2014

Tidak berkaitan dengan panitia geografi


5.0

Program Kecemerlangan Akademik SPM 2015

Tidak berkaitan dengan panitia geografi





6.0

6.1




6.2
KBAT

Cik Lee Choon Ling memaklumkan pesanan tuan pengetua kepada semua guru bahawa beliau meminta guru-guru menerapkan soalan KBAT dalam latihan serta soalan peperiksaan.
Tindakan : Semua guru

Justeru, Cik Lee Choon Ling meminta supaya guru-guru meningkatkan kualiti soalan latihan yang diberikan kepada semua murid.
Tindakan : Semua guru

7.0

7.1






7.2




7.3








7.4





PBS Dan PT3

Guru-guru diminta merekodkan Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) secara offline. Bagi guru tingkatan 3, perekodan dilakukan pada komputer di bilik PK Pentadbiran dan bagi guru tingkatan 1 dan 2, perekodan dilakukan pada komputer di bilik PK Petang. Perekodan dilakukan berperingkat-peringkat mengikut arahan setiausaha PBS.
Tindakan : Semua guru

 Guru-guru perlu kemaskini fail portfolio masing-masing mengikut isi kandungan yang terkandung dalam edaran dan surat lantikan 2015 telah diberikan oleh setiausaha  PT3/PBS.
Tindakan : Semua guru

Keputusan ujian progresif perlu direkodkan dalam PPPM modul offline mengikut julat markah dan gred untuk menengah rendah (T1-T3) seperti berikut:

85  -100   A             40 - 49    E 
70  - 84    B              01 - 39    F
60  - 69    C             00           TH
50  - 59    D
Tindakan : Semua guru

Bagi PT3, guru-guru diminta melatih pelajar bagaimana cara menulis laporan PT3 memandangkan band sekolah bergantung kepada keputusan peperiksaan PT3. Bagi PT3, tema Kemahiran Geografi, Band 5 dan 6 telah diterapkan soalan berbentuk PT3 dan sedang dijalankan pada bulan April. Cik Lee Choon Ling mencadangkan tingkatan 1 dan 2 juga boleh dilakukan sedemikian.  Dicadangkan bagi tingkatan 1 dan 2, markah diberikan dan dimasukkan bersama peperiksaan akhir tahun.
Tindakan : Semua guru

8.0

8.1















8.2













8.3










8.4






8.5











8.6
Hal-Hal Lain

Latihan Cuti Sekolah Bulan MAC

Cik Lee Choon Ling meminta guru-guru memberi maklum balas tentang kerja sekolah yang diberikan kepada murid semasa cuti penggal bulan Mac yang lalu.

Tingkatan Satu : Semua murid kelas hadapan menyerahkan kerja masa cuti kecuali beberapa murid kelas belakang yang tidak menyerahkan tugasan mereka walaupun telah diberi contoh untuk memjawab.

Tingkatan Dua : Tiada masalah dan guru-guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk melengkap latihan.

Tingkatan Tiga : Terdapat sebahagian murid kelas belakang yang tidak menyerahkan tugasan mereka dan telah dikenalpasti. Mereka ini akan dikenakan tindakan disiplin.
Tindakan : Makluman
Semakan Buku Latihan/Nota

 Cik Lee Choon Ling memaklumkan bahawa semua guru tingkatan 2 dan 3 telah menyerahkan buku latihan/nota murid untuk disemak. Bagi tingkatan satu hanya 2 kelas masih belum dihantar untuk disemak.

Selepas membuat semakan buku latihan murid, Cik Lee Choon Ling mengharapkan semua guru perlu lebih kerap menyemak buku latihan/nota murid dan meminta murid membuat pembetulan apabila ada kesalahan.

Cik Lee Choon Ling mengharapkan latihan yang lebih perlu diberikan kepada semua murid terutamanya murid tingkatan satu.
Tindakan : Semua guru

Maklumat Untuk Blogger

Penyediaan Blog bagi panitia Geografi telah diadakan. Oleh itu, guru-guru boleh mengunjungi blog ini dan jika ada bahan yang hendak diuploadkan, guru-guru boleh menyerahkan bahan kepada Blogger Panitia Geografi atau guru-guru hendak membuat post ke dalam blog sendiri boleh meminta kata laluan blog daripada blogger panita geografi.
Pn. Tiaw Li Yin mencadangkan bahan-bahan berkaitan ASEAN dimasukkan dalam blog panitia.
Tindakan : Makluman

Program I-Think

 Guru-guru diminta melaksanakan p&p dengan menerapkan program i-Think dan merekodkan di dalam ruangan aktiviti pembelajaran jenis peta i-Think yang digunakan. Contoh, peta pokok, peta buih, peta buih berganda.
Tindakan : Semua guru

 Perancangan Belanjawan

 Bahan-bahan cetakan untuk PBS, guru tingkatan 1 dan 2 boleh dihantar untuk dicetak.
Tindakan : Makluman

 Aktiviti keceriaan sekolah oleh panitia geografi akan dijalankan pada bulan April-Jun 2015. Dinding yang akan dilukis dengan peta ASEAN akan dikenalpasti selepas berbincang dengan tuan pengetua.. Kerja ini akan disertai oleh guru dan murid yang akan diketuai oleh Pn. Tiaw Li Yin.
Tindakan : Guru berkenaan

 Pertandingan mewarnakan dan melabelkan Negara-negara ASEAN akan dijalankan pada awal bulan Julai 2015. Semua bahan untuk pertandingan ini akan disediakan oleh ketua panitia geografi.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang
Disediakan oleh:                                                                  Disemak oleh:


...................................                                                             .................................

No comments:

Post a Comment