Wednesday 27 February 2013

Geografi Tingkatan 1 Bab 6 Tanah Pamah



Tanah Pamah

1.Tanah pamah ialah kawasan yang rata dan beralun.
2.Kawasan ini meliputi ketinggian kurang daripada180 meter dari aras laut.
3.Di semenanjung Malaysia, kawasan tanah pamah dibahagikan kepada tiga:

(a)Tanah pamah di pantai barat 

  •  Paling lebar dan luas
  •  Diliputi tanih aluvium yang subur dan sesuai untuk penanaman padi
  •  Dataran Kedad-Perlis, Dataran Kerian, Dataran Hilir Sungai Perak


(b)Tanah pamah di pantrai timur
  •  Sempit, terputus-putus, dan berpasir
  •  Dilanda banjir pada musim tengkujuh
  •  Dataran Kelantan ,Dataran Terengganu, Dataran Pahang


(c)Tanah rendah beralun-alun di selantan
  •  Beralun-alun dan berbukit-bukit
  • Mempunyai kawasan paya luas
  •  Ditanami getah, kelapa sawit ,dan nanas
  •  Dataran Johor


4.Dataran pantai timur Sabah adalah lebih lebar tetapi sebahagiannya berpaya.

5.Contoh dataran utama di pantai timur Sabah ialah Lembah Kalabakan , Lembah  Kinabatangan , Delta Segama, dan Delta Labuk.

6.Dataran pantai barat Sabah adalah lebih sempat dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dengan kawasan pantai.

7.Di Sarawak dataran yang luas terdapat di sepanjang pantai barat.Contohnya Delta Rajang , Dataran Baram , dan Dataran Lupar .

8.Kepentingan Kawasan Tanah Pamah di Malaysia
KEPENTINGAN dan CONTOH

a) Kawasan Pertanian - Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi 
  - Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit
b) Kawasan Perlombongan - Timah alluvium banyak terdapat di   lombong di Lembah Kinta
c) Tapak Petempatan - Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang
d) Kawasan Perindustrian - Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang
e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan - Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan




No comments:

Post a Comment