CARA HIDUP DI GURUN THAR
- dikenali sebagai gurun besar India yang terletak di Barat Laut India.
- menganjur dari Punjab di utara India ke bahagian Tenggara Pakistan yang dikenali sebagai Cholistan
- meliputi satu kawasan seluas 44600 km yang terletak di zon panas dunia
- menerima hujan kurang daripada 250mm
- mengalami minimum suhu 8 selsius – 28 selsius semasa musim sejuk
- min suhu mencecah sehingga 45 selsius pada musim panas (mei/jun)
- hidup berpindah-randah barsama ternakan untuk mencari air minuman
- tinggal di dalam khemah untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup mereka
- membina kundis /kunds untuk menakung air
CARA HIDUP DI SIBERIA
- meliputi lebih setengah daripada keluasan Rusia dan terletak antara garisan lintang 45 u dan 60 u
- terdiri daripada kawasan tanah pamah dan tanah tinggi
- terdapat hutan taiga yang luas
- terletak di dalam kawasan iklim sejuk sederhana kebenuaan/ kawasan iklim jenis Siberia
- mengalami musim sejuk yang panjang
- suhu turun sehingga -11 selsius pada musim sejuk
- musim panas terlalu singkat dengan suhu maksimum 19 selsius
- hujan tahunan di Siberia adalah 533mm
- puak evenks menjalankan aktiviti yang berbeza mengikut persekitaran tempat tinggal mereka
- puak evenks tinggal di bahagian selatan manejalankan aktiviti ekonomi seperti menternak lembu.
- penduduk di bahagian utara Siberiadan di kawasan pergunungan hutan taiga masih mengamalkan cara hidup nomad (berpindah 2 kali setahun)
- memburu & menternak rusa kutub untuk mendapatkan bulu
- tinggal dalam khemahyang dikenali sebagai ‘ chum’ tanpa kemudahan lengkap
- menjalankan aktiviti pembalakan ketika musin sejuk kerana getah pokok beku dan jalan lincin
CARA HIDUP DI GREENLAND-
- Greenland merupakan pulau terbesar di dunia
- meliputi kawasan seluas 840 000 km persegi
- iklim di greenland ialah iklim Tundra
- suhu musim sejuknya panjang & sejuk (-12 selsius)
- Musim panas sangat pendek (5 selsius-bulan julai)
- min suhu pada bulan mac dan februari ialah -30 darjah celcius
- penduduk eskim0 atau puak inuit hidup berpindah randah mengikut musim
- mereka tinggal di kawasan pinggir laut dan dalam igloo pada musim sejuk
- pada musim panas mereka tinggal di kawasan pedalaman dan dalam tupik(khemah yang dibuat daripada kulit binatang)
- pekerjaan orang eskimo berubah mengikut musim
- pada musim sejuk mereka menburu binatang, pada musim panas penduduk eskimo menggunakan kayak atau umiak sebagai pengangkutan di tasik dan sungai
- kegiatan ekonomi semasa musim panas ialah menangkap ikan
- cara hidup org eskimo telah berubah & semakin moden. mereka menggunakan senapang dan bot beringen untuk memburu binatang dan menangkap ikan
- pertenakan juga dijalankan secara komersil
- orang eskimo juga mempunyai petempatan kekal yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
- bahagian selatan pula merupakan kawasan yang paling subur di greenland
- musim sejuknaya sederhana dan musim panas lebih panjang dengan purata suhu 10 darjah celcius
- kegiatan pertanian dijalankan secara giat pada musim panas
No comments:
Post a Comment